![]() ![]() Tuesday, June 7, 2011, 6:06:00 PM ikan keli pun sedap jugak. ![]() Pada suatu hari indah, burung pon berkicauan hari itu… ada yang bekerja… ada yang bergembira , ada yang berbasikal.. ada yang 'membuta'. Dari jauh kelihatan dua beranak si ibu dan si anak sedang menikmati cendol. Tiba-tiba si anak berhenti menikmati cendol tersebut sambil membuat muka toya apabila ditanya soalan yang sudah lali untuk dia jawab. "Kenapa mata Anis macam tu?" "Macam tu macam mana?" "Macam nak tidur je.." "Mana ada! Mata Anis memang macam ni!" "Yeke? Tak boleh ke buka mata tu beso2 sikit. Ni kuyu je." "Ni lah orang panggil mata sexy. hehe" *sambil bermuka sexy* "Yela tu.. Macam ikan keli pun ada!" "........." "........." "What....the...FISH?!!!" D: A N I S
Sunday, June 5, 2011, 4:22:00 PM hipokrit yang perlu Assalamualaikum! :D bila tengok kawan2 lain aktif dan ada lak Shida mula tangan gatal nak update blog nih. hehe . korang ungkit balik cerita2 lama ni yang tak senang duduk.mengingatkan aku betapa "diva" nye korang (taknak mengaku) errr, korang sekarang macam mana kat sekolah hah? "diva" lagi ke? main point sekarang nih aku nak tulis pasal hipokrit yang perlu. err. ya! hipokrit yang perlu. aku tau mesti ada yang juling mata tengok. hipokrit? perlu? what the fish? semua orang cakap benci hipokrit yelah kan siapa suka hipokrit dan siapa suka jadi hipokrit. tapi tahukah anda (XD) bahawa sebenarnya korang dan aku hipokrit. tak percaya. teruskan membaca.mesti korang pernah lalui situasi ni kan. contohnya, korang tengah bengang pasal sesuatu pastuh terserempak dengan kawan korang. kawan korang tuh pun tersenyum kat korang. takkanlah nak masam je muka mestilah senyum balik walaupun tak ikhlas. hipokrit la kan? atau.... korang pergi mall dengan parents pastuh terjumpa sesuatu benda yang korang nak sangat contoh kasut. korang mintak kat parents korang tapi tak dapat. tapi bila adik korang mintak apa2 dapat pulak. korang diam jer. terasa betul kan. kemudian adik korang nak bermanja, korang pun layan je la. tak layan kang nangis ngadu kat mama lagi parah. bukan hipokrit ke tu? ![]() kadang2 kita perlu memaniskan muka untuk menjaga hati semua pihak. kadang2 kita perlu mengalah dengan orang lain atas tujuan taknak ada yang terasa walaupun hati sendiri terluka. inilah yang dinamakan hipokrit yang perlu. tetapi seboleh-bolehnya ikhlaskanlah hati tu. apa salahnya kan? kan? kan? kan? masih taknak ngaku hipokrit lagi? haaa. ni lah bapak segala hipokrit. HIPOKRIT TAPI TAKNAK MENGAKU HIPOKRIT~! notakaki : hipokrit yang paling aku benci orang yang cakap tak serupa bikin. punyalah cakap benda tuh haram benda nih haram tapi diri sendiri pun buat. orang macam ni bagi makan singa lagi bagus. A N I S
Tuesday, May 31, 2011, 11:14:00 PM err.sunyi? Assalamualaikum. XDpergh. bersawang blog aku nih. berapa tahun tak cuci nih. Rindu pulak zaman dulu2 yang selalu active gila blogging. ada je benda nak tulis. pasal cicak jatuh dalam lubang jamban pun boleh jadi cerita. sekarang nih agaknya telan nescafe 5 bungkus pun belum tentu ada idea nak update. yeah I am a sore loser. T__T berhari-hari post ni aku perap. akhirnya luah juga hari ni.
jadi secara rasminya aku akan aktif semula..kot. hehe aku akan cuba update sebanyak yang mungkin. so yeah. xoxo, A N I S Saturday, April 16, 2011, 6:38:00 PM benda apa lagi keji daripada mengumpat? Assalamualaikum. ;) ok, kali ni takdek mukadimah. terus ke topik. (ni bukan mukadimah ke?) Biasanya, kalau dah kumpul reramai tuh mesti takdek keja lain mengumpat atau nama mulianya gossip kan? bohong sangat la tak pernah mengumpat. aku pun pernah buat. *pengakuan jujur* ah, siapa tak pernah mengumpat bukan manusia tulen. :D Ayat feymes yang selalunya digunakan ialah "aku bukannya nak mengumpat atau kutuk ke apa tapi aku tak suka la perangai Si Blabla tuh. dah lah "tuuuut" pastuh "tuuuut" lak tuh" sambil berkerut-kerut dahi tunjuk rasa tak puas hati tapi masih lagi innocent. Kononnya, niat korang tuh suci, murni lagi mulia laa nak bagi teguran atau nasihat. Eh, betul ke niat nak bagi teguran? Teguran macam mana tuh kalau Si Blabla tuh taktau? korang tahu tak, sebaik-baik teguran ialah face to face dengan orang tersebut dan memberi teguran secara elok2 biar si dia senang menerimanya. *tapi kalau masih si dia tuh buat tak dapat hidayah la tuh* bukannya dengan cara sindiran, perli, tengking dan lebih2 lagi mengumpat. dah tuh, bila kawan2 lain pun sokong mulalah dapat green light pastuh terus-menerus cer semua kesalahan dia walau sebesar zarah sambil buat muka I'm-better-than-you. kawan-kawan lain pun mula cheers dalam hati yes-akhirnya-dapat-gak-aku-cita-kesalahan-dia sebab mesti ada jugak yang tak suka Si Blabla tuh. dan ak menyampah gila bila si pengumpat boleh mengaku "bukan mengumpat tapi kenyataan dan just nak remind everyone ala macam sesi tarbiyah la"orang macam nih macam nak kena pijak ngan aku je. dah mengumpat tuh cakap je la mengumpat. jangan nak guna alasan lain. aku tau ada yang takut nak tegur so cer kat kawan lain dengan niat biar kawan lain yang tegur tapi tak jadik apa pun. mengumpat je lebih, niat suci tak ke mana. dan jawapan bagi tajuk post ni ialah mengumpat tapi buat-buat mulia. p/s: ohyes, aku pun pernah buat. you know you love me XOXO, A N I S Friday, April 15, 2011, 8:04:00 PM dearie friends, mengapa kau mempersoalkannya? ![]() Assalamualaikum~! buat sekian kalinya aku berjaya mencuri peluang nak update blog. *bangga tahap gabangaban* kali ni aku cer pasal "ADA KE ORANG SAYANG SAYA?" otak aku menjadi kusut bila bukak pesbuk tadi. dapat invitations daripada beberapa rakan yang tak pernah ku kenali (hanya sebagai hiasan) jadik fans AdA kE ORaNg SaYaNG SaYA?? aduhai, dah tentulah ada. ibu dan ayah aku? abang ngan kakak aku lagik? kawan2? err, tu pun kalau dorang sayang la. tapi aku yakin diorang sayang aku. kalau tak sayang mungkin aku dah meninggal masa baby dulu kena hurung semut kat tong sampah atau aku didera sekarang atau aku dipulau/dibuli atau aku dijual je atau...seram pulak fikir. as for me, I don't really give a damn who doesn't love me (except my family la kot :D). They have their own personal reasons and I should respect that but don't expect me to change. I is I. Me is me. not he, not she, not they and definitely not YOU. eh, keluar topik. bantai je laa. jadik kepada kawan2 aku nih, berhentilah berfikiran macam nih. think positive be positive. tak payah lah ambil tahu sangat siapa sayang kita. diri sendiri pun tak sayang diri sendiri nak harapkan kasih sayang orang lain. boleh nak ambil tahu tapi jangan sampai menjadi satu kemestian. dan sayang tuh biarlah dengan hati yang ikhlas. noktah. p/s: eh, 1st time aku tulis mende macam nih. XD you know you love me ;) XOXO, A N I S
Saturday, April 2, 2011, 6:27:00 PM bukan, bukan, BUKAN LA! Assalamualaikum! wahhh. esok dah kena balik sekolah. peduli apa aku. balik hari Isnin jugak! rumah tak kering lagi. hehe. tunggu sampai setitik air pun takdak baru aku balik melaporkan diri. btw, izinkan aku membebel? please. ini pasal diri aku sendiri. semuanya bermula dengan mata stim aku. ok, aku dah lama sabar sekarang aku nak luah buat kali ke-2. hari tu aku boleh lagik nak gelak2. sekarang nih memang aku betul2 nak snap! minggu lepas aku kena 3 kali berturut-turut! Insiden pertama. waktu Pendidikan Islam Cikgu : ok, boleh teruskan perbentangan. eh, tengok tu. Anis dah tido. ANIISS! Aku : hah, apa? apa? *terkebil-kebil tak mengerti Cikgu : ngantuk lagi Anis? Aku : mata saya memang macam ni cikgu. Cikgu : oh, yeke? Aku : T__T Insiden kedua. waktu Sejarah Cikgu : hah, yang belakang tuh tido! Aku : sapa? *toleh kiri kanan kawan : hang la. =_= Aku : WTF? Cikgu : ohh, tak tido rupanya. ingatkan tido tadi. Insiden ketiga. waktu bengkel BM Cikgu : saya nampak je orang tido atau mata KUYU *semua tengok aku* berdiri atas kerusi Aku : .... *pasrah* arghhh, mata aku nak bulat ke, nak stim ke, nak sepet ke, nak rabun ke nak buat macam mana? takkan aku nak beliakkan mata 24jam kot. biarlah aku dengan mata aku sendiri. jangan tegur kayh. Allah dah cipta macam tuh. kalau korang komplen ibarat korang mempersoalkan ciptaan Allah. aku tak pernah komplen...kot. tapi aku bersyukur sekurang-kurangnya aku tak buta. dah lah orang kata muka aku macam laki. habis tuh muka kau tuh berkelakian sangat ke? hah? setakat kening tebal macam ulat bulu dah lelaki sangat la sampai nak kata muka orang lain macam laki nih? amboih, sumbat mulu dengan kain kapan kang. well, Mr & Miss Perfect cermin berlambak takkan tak reti2 nak cermin diri KOT? you know you love me XOXO, A N I S Wednesday, March 30, 2011, 7:03:00 PM dulu 5 tahun sekali sekarang 5 bulan sekali. Assalamualaikum! :| buat sesiapa yang tidak tahu menahu Perlis sekarang banjir! dan rumah aku agak2 malam nanti naik la kot. ah, tak sukanya! dulu 5 tahun sekali sekarang 5 bulan sekali. kalau macam nih boleh botak aku.aku memang tak jangka langsung nak banjir. maklumlah, baru 5 bulan lepas banjir. ni Mel punya pasal la. doa sangat bagi banjir dulu. ni aku taktau lah nak lari mana. homestay ada orang duduk. haish. tapi kalau baca berita, sana sini bencana alam. Allah dah bagi warning. Awaslah kita sebagai umat Islam. "Apakah penduduk negeri itu berasa aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah (jadi mereka boleh hidup berseronok sehingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi." (Al-A'raaf 98-99) yang ni je aku nak kongsi. bersama-samalah kita mengambil iktibar kayh! p/s: tiba2 nak jadi baik you know you love me XOXO, A N I S Saturday, March 19, 2011, 9:41:00 PM tch..! Assalamualaikum~! >:( mood aku sekarang agak annoyed. aku nak cerita/membebel pasal chatting. untuk pengetahuan korang semua, aku selalu chatting dengan kawan2 aku je. Maksud aku yang memang aku dah kenal lama bukannya 1-5 minit kenal!
oke sorry, aku suka orang tu kalau dia sporting atau gila-gila. ini aku nak tulis statement berani mati, AKU BENCI ORANG YANG SELALU TANYA NAMA/UMUR/TINGGAL/SINGLEORTAKEN. memanglah nak kenal kena tanya basic kan. yang masalahnya, dah terang lagi bersuluh tertera NAMA aku kat situ. kalau umur boleh dimaafkan lagik. yang aku tak suka tanya tempat tinggal dan single or taken nih. aku gitau ko nak datang ke? dah tuh sebuk apa pasal love life aku nih? ohgod, SHUT UP ALREADY! kalau chatting dengan strangers aku suka berkongsi cerita. berkongsi cerita yang aku maksudkan, tell me about your life not your info. don't bother me if you are going to tell me that you are single and a boy. WHO FUCKING CARES? well, I don't. go bother someone else. and stop asking me FAQ [frequently asked questions] go read my info lazy ass! I will put my FULL NAME, d.o.b, p.o.b and my status. if you asked those annoying questions again don't expect me to reply instead you'll get colourful words. gotcha? I won't repeat myself. you know you love me. xoxo, A N I S Tuesday, March 15, 2011, 11:25:00 PM mata, mata dan mata. ada apa dengan mata? ASSALAMUALAIKUM~ :D hari ni aku nak membebel pasal mata. ni semua sebab kat sekolah punya pasal. semua orang cakap mata aku stim/sepet. kadang-kadang panggil aku pastuh buat mata stim. memang sengal wa cakap lu. jujur aku cakap, aku suka ushar orang gelak. ada yang gelak nampak mata, ada yang kureng nampak, ada yang tak nampak terus. sejibik macam ni >>> ^_^ lebih kurang la. :D heh, kata orang aku yang lebih. bagi aku, mata yang betul2 cantik (yang pernah aku ushar setakat ini) mata Zac Efron. serius cantik gila. kalau tengok real agaknya, terus terkaku aku. XD *klik untuk ushar dengan mendalam. ![]() kemudian, dengan kerajinan yang tinggu aku Google la mata. pergh. jumba gambar bawah. cantik kan? aku suka mata love dan hujung sekali tuh. cantik kan? ![]() kadang2 aku tengok/baca anime/manga pergh, mata besar bola tenis, padahal realitinya mata diorang lebih kurang macam aku je. XD teruk sangat ke mempunya mata stim/sepet? aku sebenarnya tak kisah pun. tapi dah selalu sangat nak ungkit agak rimas jugak. lagipun, artis Korea mata diorang pun sama la. tapi diorang buat surgery tu yang besar SIKIT tu. apa-apa pun mata itu kurniaan yang begitu indah. nikmatilah ia sementara masih ada. =_= *tak reti nak buat ayat pasrah sekian, ![]() p/s: hakikatnya, mata stim itu sexy. HAHA! A N I S
Friday, March 11, 2011, 10:47:00 PM bebas sementara Assalamualaikum! akhirnya aku bebas...buat sementara. =_= tapi mash lagi di lingkaran homework yang bertimbun. dah habis exam pun nak bagi azab lagi ke? haish. menyusahkan betul. kenapa cepat sangat masa berlalu hah? takpe2. bagus la tuh. cepat sikit habis sekolah. *kata-kata seorang pelajar yang malas nak belajar* yang aku frust, tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah buku NOTA SEJARAH aku HILANG! wargh, kalau nota agama hilang takpe lagik ini SEJARAH weyh! hish. banyak betul masalah aku yang berkaitan dengan SEJARAH. dah la aku nak dapat kosong. ni yang malas layan ni. p/s: hari ini birthday Mohd Ikram b. Radzmi. masih ingatkah anda kepada dia? A N I S
![]() who am I, exactly? u should know. i am anisi am 14 years young i am a pisces i am a Malaysian archives June 2009 ♥ July 2009 ♥ August 2009 ♥ September 2009 ♥ October 2009 ♥ November 2009 ♥ December 2009 ♥ January 2010 ♥ February 2010 ♥ March 2010 ♥ April 2010 ♥ May 2010 ♥ June 2010 ♥ August 2010 ♥ November 2010 ♥ December 2010 ♥ January 2011 ♥ February 2011 ♥ March 2011 ♥ April 2011 ♥ May 2011 ♥ June 2011 ♥![]() ![]() friends ♥Shida ♥ Melisa ♥ Aleny♥ Sofea♥ Adibah♥ Ras♥ Barney♥credits do not remove image artist: icyabstractxcoding help: dynamicdrive web artist: wheninwonderland |